Saturday, June 23, 2007

STARGAZERS TOURNAMENT 2007

KEJOHANAN LIGA BOLA JARING STARGAZERS KALI KETIGA TAHUN 2007
SEMPENA HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG KE 61 TAHUN

1. ANJURAN

Kejohanan Liga Bola Jaring ini di anjurkan oleh pasukkan Stargazers kali ke 3 yang ditaja sepenuhnya oleh Setia Motors Sdn.Bhd.

Kejohanan ini adalah bersempena dengan Sambutan Hari keputeraan Kebawah Duli yang ke 61 tahun.

2. TUJUAN

Ianya bertujuan untuk menarik minat para pemain di Negara ini untok melibatkan diri dalam sukan Bola Jaring dan meningkatkan mutu permainan sukan ini.

3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

3.1. Terbuka kepada semua Kelab-Kelab, Persatuan-Persatuan, Pasukan-Pasukan Bola Jaring dari Jabatan-Jabatan Kerajaan, Syarikat-Syarikat Swasta, Sekolah-Sekolah,Maktab-Maktab dan Institut Pengajian Tinggi di Negara Brunei Darussalam.

3.2. Hanya pemain-pemain yang memegang kad pengenalan kuning dan merah sahaja dibenarkan menyertai perlawanan ini.

3.3 . Setiap permohonan hendaklah menyertakan bayaran masuk $180.00 bagi setiap pasukan.

3.4. Setiap pasukan di benarkan mendaftar seramai dua belas (12) orang pemain.Pertukaran pemain tidak di benarkan setelah undian di jalankan.Pemain-pemain yang berdaftar sahaja di benarkan bermain sepanjang perlawanan.

3.5. Setiap pasukan hanya di benarkan menghantar tidak lebih dari Dua (2) pasukan.

3.6. Setiap pasukan di hendaki mengisi borang penyertaan yang telah di sediakan oleh pihak penganjur dengan lengkap beserta dengan salinan Kad Pengenalan.Kad Pengenalan Asal hendaklah di bawa semasa perlawanan di adakan.Tarikh tutup borang penyertaan adalah tidak lewat dari pada 30 Jun 2007 (Hari Sabtu)



3.7 Borang penyertaan boleh di dapati dan di kembalikan kepada pihak penganjur seperti di bawah ini :-

ERNIE @ ANENG ( 8604604 )
NURHAYANA @ NANA ( 8902023 )
EMI DALINA @ EMI ( 8982703 )
SRI @ BUDEH ( 8650351/ Sek.Men Hjh Rashidah Lumut )

Atau

SETIA MOTOR SDN BHD, Beribi ( Sebelah Stesen Minyak )


3.8 Tarikh Undian dijangka akan di adakan.

Pada : 7 Julai, 2007 ( Hari Sabtu )
Jam : 2.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SETIA MOTOR SDN BHD , Beribi

Makluman

Setiap pasukan hendaklah menghantar wakil pasukan.kedatangan wakil pasukan pada tarikh undian tersebut adalah diharuskan.Ini adalah untuk mengelakkan sebarang perkara yang berbangkit pada hari perlawanan itu nanti.


4. TARIKH / MASA / TEMPAT PERLAWANAN

DEWAN UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

Tarikh Jam

16 Julai 2007
( Opening ceremony ) ( 8 pagi hingga 12 tgh )
( 1.30 ptg hingga 530 ptg )


22 Julai 2007
( 8 pagi hingga 12 tgh )
( 1.30 ptg hingga 530 ptg )


29 Julai 2007 ( 8 pagi hingga 12 tgh )
( 1.30 ptg hingga 530 ptg )


12 Ogos 2007
( Final League ) ( 8 pagi hingga 12 tgh )
( 1.30 ptg hingga 530 ptg )


TALUK KEPADA PERUBAHAN


5. UNDANG-UNDANG PERLAWANAN

5.1 Perlawanan ini mengikut Undang-Undang yang di keluarkan oleh Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA).

5.2 Jika tedapat perkara-perkara lain yang berbangkit tidak termasuk di dalam peraturan
Kejohanan ini,maka ianya akan di rujuk kepada Jawatankuasa pertandingan dan sebarang
keputusan mengenainya adalah muktamad.

6. SISTEM DAN PERATURAN PERLAWANAN

6.1 Peringkat Liga
Perlawanan di peringkat awal akan di adakan secara Liga.Masa perlawanan 15minitX2 separuh masa dan rehat 3 minit.


6.2 Pasukan yang tidak hadir atas alas an yang tidak munasabah akan didenda sebanyak $50 ( lima puluh ringgit) dan markah pasukan tersebut akan dipotong sebanyak 3 markah.Jika sekiranya pasukan tersebut gagal membayar denda tersebut,atau perkara itu dilakukan berulangkali,maka pasukan tersebut akan dikeluarkan dari kejohanan dengan serta merta.





7. SISTEM MATA KEMENANGAN

Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
Walkover - 3 mata dengan 2 jaringan diberikan.

8. PAKAIAN PASUKAN

8.1 Peserta / pemain-pemain adalah di galakan memakai / menggunakan seluar panjang ¾ setiap kali perlawanan dan tidak di benarkan memakai skirt.

8.2 Setiap pasukan hendaklah memakai seragam (Bibs) semasa perlawanan di jalankan dan mempunyai 2 set Bibs yang berlainan warna.

8.3 Pemain-pemain tidak di benarkan memakai peralatan yang boleh membahayakan kepada pemain-pemain.

9. PERKARA AM

9.1 Pihak penganjur tidak akan terikat dan bertanggongjawab kepada sebarang kemalangan dan kecederaan yang menimpa kepada pemain-pemain semasa menyertai perlawanan ini.

9.2 Pihak penganjur akan melantik Juri Rayuan dan setiap bantahan atau rayuan di buat oleh Pengurus Pasukan atau Ketua Pasukan selepas perlawanan di tamatkan..Keputusan pihak Juri adalah muktamad.

9.3 Pengadil akan di sediakan oleh pihak penganjur dan keputusan pengadil adalah muktamad.

9.4 Setiap bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah dikemukakan 30 minit selepas perlawanan berakhir. Selepas tempoh itu, sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Setiap bantahan hendaklah di kemukakan bersama wang deposit sebanyak $ 50 ( lima puluh ringgit ). Wang deposit akan dikembalikan jika bantahan itu diterima oleh pihak juri.Jika alasan / bantahan tidak diterima maka wang deposit tidak akan dikembalikan.


9.5 Jika ada Pasukan yang melakukan perkara yang berbangkit seperti perkelahian atau sesuatu perkara yang boleh memalukan ( harassment) kepada pihak Penganjur dan pengadil pada perlawanan itu nanti, maka pihak penganjur akan memberi tindakan Tatatertib kepada Pasukan tersebut.
Tindakan yang akan dikenakan ialah :
1. Pasukan itu akan dikenakan bayaran $100
2. Jumlah Markah Pasukan tersebut sebanyak 10 markah
3. Pemain-pemain yang tidak mematuhi peraturan tersebut tidak dibenarkan turun bertanding pada 2 perlawanan.






STARGAZERS NETBALL TEAM
“ Never Fail to Shine “ www.stargazersteam.blogspot.com

KEJOHANAN LIGA BOLA JARING PIALA SETIA MOTORS SDN BHD KALI YANG KETIGA 2007
ANJURAN STARGAZERS


NAMA PASUKAN

NAMA PENGURUS PASUKAN

ALAMAT PERHUBUNGAN



NOMBOR PANDUAN TELEPON
BIMBIT PEJABAT RUMAH E-MAIL FAX


BIL.
NAMA PEMAIN
NO.KAD PENGENALAN / WARNA
TARIKH LAHIR

01.
02.
03.
04.
05.
06.
07.
08.
09.
10.
11.
12


Dengan ini saya akan sentiasa mematuhi segala undang-undang yang di sediakan oleh Penganjur dari masa kemasa.Bersama ini juga saya sertakan wang tunai sebanyak $ 180 sahaja.

_____________________ Tarikh: _________________
PENGURUS PASUKAN

Tarikh tutup borang penyertaan pada 30 Jun 2007 (Hari Sabtu)







HADIAH-HADIAH PERLAWANAN


JUARA PASUKAN

TROPHY KEJOHANAN LIGA
PIALA IRINGAN
12 PIALA PERSEORANGAN
WANG TUNAI

NAIB JUARA PASUKAN

PIALA IRINGAN
12 PIALA PERSEORANGAN
WANG TUNAI

TEMPAT KETIGA

PIALA IRINGAN
12 PIALA PERSEORANGAN
WANG TUNAI

TEMPAT KEEMPAT
(TERTAKLUK KEPADA KEWANGAN )
12 PIALA PERSEORANGAN

HADIAH PEMAIN TERBAIK
HADIAH PEMAIN 18 TAHUN KEBAWAH

3 HADIAH PEMENANG KUIZ

No comments: